- Menghormati orang tua dengan membongkokkan badan ketika berjalan di depan mereka.
- Bersalam dengan ahli keluarga.
- Membantu orang kurang upaya.
Berbudi bahasa merupakan amalan yang baik dan terpuji. Pepatah ada menyatakan bahawa orang berbudi kita berbahasa. Antara amalan berbudi bahasa termasuklah cara berjalan di hadapan orang tua dengan membongkokkan badan sedikit. Hal ini menunjukkan tanda hormat kepada orang tua. Sementara bersalam-salaman pula ialah tanda keakraban pertalian sahabat atau keluarga. Membantu orang kurang upaya (OKU) melintas jalan ialah amalan yang dituntut sesama insan. Amalan berbudi bahasa ini dapat melahirkan masyarakat penyayang dan bertanggungjawab. Kerajaan menjalankan kempen berbudi bahasa untuk mengajak rakyat mengamalkannya. Tuntasnya, kesopanan penduduk Malaysia adalah antara faktor yang menarik minat pelancong luar untuk datang ke Malaysia.
(95 patah perkataan)